JULAI 2023

Premier Terima Kunjungan Hormat DBOS


KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menerima kunjungan hormat daripada Development Bank of Sarawak (DBOS) diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching.

Turut serta mengiringi adalah Lembaga Pengarah DBOS, Datu Haji Abang Halmi bin Ikhwan, Dato Ir. Christopher Adrian, En. Peter Chin dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datu Laura Lee Ngien Hion. 

Kunjungan berkenaan antara lain melaporkan perkembangan terkini DBOS dan beberapa perkara lain yang berkaitan. 

Sumber dari : Sarawakku